Part ni, ramai yang masih teragak-agak nak guna Formula apa.
Pencerahan bagi yang belum mahir melukis pola pakaian untuk bahagian bahu ke garis dada. Terdapat pelbagai formula yang boleh diperolehi.
Terpulang pada anda dan mengikut keselesaan masing-masing.
Formula-formula ini saya perolehi dari buku dan pelbagai group jahit di FB untuk manfaat bersama.
Selamat mencuba...
It's time to sew
Seronoknya Menjahit
Ahad, 6 November 2016
Cara Menjahit Kolar Baju Cekak Musang
Ramai yang bertanyakan kepada saya mengenai cara memasang kolar baju melayu. Post sebelum ini, saya dah tunjukkan tutorial memasang tetulang baju melayu.
Tutorial kali ini, saya akan tunjukkan cara menjahit kolar leher cekak musang ke bahagian badan.
Selamat Mencuba.
Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda.
Ahad, 23 Oktober 2016
Kelas Jahitan Bintulu: Baju Melayu Cekak Musang- Oktober 2016
Kelas Jahitan Baju Melayu Cekak Musang, dihadiri oleh Puan Furziah.
Baju Melayu Cekak Musang berjaya disiapkan dalam masa 8 jam sahaja.
Kami ajarkan cara yang paling mudah tanpa menggunakan formula kiraan yang sedia ada.
Cuma gunakan template yang telah siap diberi.
Baju Melayu Cekak Musang berjaya disiapkan dalam masa 8 jam sahaja.
Kami ajarkan cara yang paling mudah tanpa menggunakan formula kiraan yang sedia ada.
Cuma gunakan template yang telah siap diberi.
Sabtu, 1 Oktober 2016
Cara Mudah Bagi Newbie Melukis Pola Leher dan Lengan.
Kebanyakkan newbie yang baru mempelajari asas melukis pola mempunyai masalah untuk melukis pola di bahagian lengan dan leher. Masalah pengiraan, pelbagai formula dan kurang mahir menggunakan pembaris L yang biasa digunakan oleh pembuat pakaian.
Di sini, saya sediakan cara mudah dan pantas menggunakan tamplate yang sudah sedia ada mengikut ukuran badan tanpa perlu membuat pengiraan & formula yang agak memeningkan kepala bagi sesetengah orang. ;-)
Teknik ini sesuai untuk Newbie sahaja, yang dah mahir, boleh lihat dan kalau bermanfaat dan sesuai dengan citarasa anda, boleh ikut cara ini.

Langkah 1 - Buat pola badan depan |
Langkah 2 |
Langkah 3 : Buat pola Badan Belakang |
Langkah 4: Ukur Lengkok ketiak pada pola depan & Belakang |
Langkah 5: Jumlahkan |
Langkah 6: Gunakan Acuan Lengan dan gariskan mengikut jumlah ukuran tadi. |
Langkah 7: Cara Membuat pola lapik leher, utk leher yang berzip belakang. |
Berminat, boleh whatsapp no yang tertera. |
Whatsapp 013 572 5238 |
Selasa, 12 April 2016
Belajar Menjahit Shawl
Ahad lepas berkesempatan buat Kelas Jahitan Bintulu berpeluang mengadakan program percuma Belajar Menjahit Shawl. Program ini bertujuan memberi peluang kepada wanita di luar sana untuk mengenali dan menceburi bidang jahitan dan mendedahkan kepada mereka pengetahuan asas betapa mudahnya menjahit shawl.
Excited betul mereka yang datang belajar pada hari tersebut.
Ada yang memang pernah menjahit, ada pula yang belum pernah pegang mesin jahit.
Namun, masing-masing berjaya menyiapkan shawl mereka dalam masa 3 jam.
Walaupun, untuk permulaan ini, jahitan tidaklah sempurna, jika teruskan latihan yang konsisten, InsyaAllah hasil jahitan bertambah cantik.

Jumaat, 1 April 2016
Kelas Jahitan sepanjang Januari - Mac 2016
Sebenarnya, tujuan pembukaan kelas jahitan ini, adalah untuk membantu wanita bekerjaya atau surirumah mahupun lepasan sekolah yang ingin menambah ilmu dalam bidang jahitan tanpa melalui tempoh kursus yang panjang. Tempoh pembelajaran di sini adalah sangat singkat, iaitu kurang dari 12 jam. Kami akan mengajar teknik dari mengukur badan, mendraf pola, menggunting kain dan menjahit menggunakan mesin jahit portable sehingga baju siap mengikut modul yang dipilih.
Sepanjang pembukaan kelas jahitan ini, ramai yang berasa agak terkejut sebenarnya, terutama selepas melihat hasil jahitan mereka. Walaupun tidaklah sesempurna baju yang dibeli di luar sana, mereka menyatakan rasa gembira kerana berjaya menghasilkan baju hasil jahitan mereka sendiri.
Kebanyakkan yang hadir ke sini, adalah mereka yang zero dalam jahitan. Belum pernah memegang mesin jahit. Namun, kami di sini berusaha sedaya upaya utk menerapkan sebanyak mungkin ilmu yang ada, agar mereka berjaya menghasilkan baju sendiri sebaik sahaja melangkah keluar dari kelas ini.
Pesanan dari kami, Kami tidak menjanjikan bahawa anda akan terus mahir menjahit, namun apa yang mampu kami berikan adalah pendedahan awal anda serta kefahaman anda tentang cara membuat baju. Selebihnya, adalah bergantung kepada diri anda untuk mempraktiskannya. Ingat, menjahit adalah suatu kemahiran. Kemahiran memerlukan latihan yang konsisten supaya hasil yang diperolehi semakin baik.
Gambar di bawah ialah sesi kelas jahitan yang diadakan sepangjang Januari -Mac 2016 yang lepas.
Pelajar membuat Dress Princess Cut |
Baju Kurung Tradisional & Jubah A-cut |
Baju Kurung Tradisional |
Baju Kurung Moden Lining |
Jubah A-cut |
Baju Melayu & Kurung Moden |
Jubah A-cut |
Baju Kurung Tradisional |
Langgan:
Catatan (Atom)