Seronoknya Menjahit

Seronoknya Menjahit

Jumaat, 1 April 2016

Kelas Jahitan sepanjang Januari - Mac 2016


Sebenarnya, tujuan pembukaan kelas jahitan ini, adalah untuk membantu wanita bekerjaya atau surirumah mahupun lepasan sekolah yang ingin menambah ilmu dalam bidang jahitan tanpa melalui tempoh kursus yang panjang. Tempoh pembelajaran di sini adalah sangat singkat, iaitu kurang dari 12 jam. Kami akan mengajar teknik dari mengukur badan, mendraf pola, menggunting kain dan menjahit menggunakan mesin jahit portable sehingga baju siap mengikut modul yang dipilih. 

Sepanjang pembukaan kelas jahitan ini, ramai yang berasa agak terkejut sebenarnya, terutama selepas melihat hasil jahitan mereka. Walaupun tidaklah sesempurna baju yang dibeli di luar sana, mereka menyatakan rasa gembira kerana berjaya menghasilkan baju hasil jahitan mereka sendiri. 

Kebanyakkan yang hadir ke sini, adalah mereka yang zero dalam jahitan. Belum pernah memegang mesin jahit. Namun, kami di sini berusaha sedaya upaya utk menerapkan sebanyak mungkin ilmu yang ada, agar mereka berjaya menghasilkan baju sendiri sebaik sahaja melangkah keluar dari kelas ini.

Pesanan dari kami, Kami tidak menjanjikan bahawa anda akan terus mahir menjahit, namun apa yang mampu kami berikan adalah pendedahan awal anda serta kefahaman anda tentang cara membuat baju. Selebihnya, adalah bergantung kepada diri anda untuk mempraktiskannya. Ingat, menjahit adalah suatu kemahiran. Kemahiran memerlukan latihan yang konsisten supaya hasil yang diperolehi semakin baik.

Gambar di bawah ialah sesi kelas jahitan yang diadakan sepangjang Januari -Mac 2016 yang lepas. 


Pelajar membuat Dress Princess Cut

Baju Kurung Tradisional & Jubah A-cut

Baju Kurung Tradisional

Baju Kurung Moden Lining

Jubah A-cut

Baju Melayu & Kurung Moden

Jubah A-cut
Baju Kurung Tradisional




Baju Kurung Tradisional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan